6 March 2011

apa yang menarik mengenai pokok buloh Rm20 untuk 3perdu?

baru-baru ni aku balik kampong aku kat penang.. makaiihh!! la ni kat kampong aku depa dok berlumba-lumba dok bagi cantik kawasan rumah masing-masing termasuklah kawasan rumah aku sekali.. ni semua kerja adik aku laa yang dok tungging terbalik dok cangkui tanam pokok apa bagai.. tapi yang kena bok keluaq duit sponser pokok.. ni haaa aku laaa!! makteh aku kata, kat kampong sebelah depa dah start dah buat pertandingan rumah tercantik.. tu yang depa semua dok kalut tuu.. mana tau tiba-tiba kampong aku plak buat pertandingan rumah tercantik!! tapi.. tak paa,janji rumah cantik.. sedap mata memandang.. duit keluaq skit pon berbaloi..
pokok buloh ni yang adik aku berjaya pau aku untuk dijadikan kat landskap rumah aku.. aku tak tau dia nak tanam kat mana.. sebab besok nya aku dah balik ke seri kembangan dah.. tapi dia sms aku,dia cakap dia dah tanam.. cantik,tak rugi beli sampai 9 perdu pokok buloh..
ni adalah bukti adegan-adegan yang adik aku bersama makteh aku dalam cubaan menge-pau aku pokok buloh.. RM20 untuk 3perdu pokok buloh.. nasib baik laa adik aku tak suruh aku beli pokok ape ntah yang harga dia seratus lebih sepokok.. huh,ilang akai apa..
akak yang meniaga nursery pokok ni memang luck laa! kebetulan ramai betoi yang nak bagi cantik rumah masing-masing.. masa kami pi sini, ramai jugak la yang dok belek-belek pokok mana yang nak beli untuk bagi cantik rumah.. siap dia pon dah kenai ngan makteh aku..sebab makteh aku pelanggan pertama dia kat situ..

 ini adalah hasilnya landskap pokok buloh hasil nukilan adik aku. harap-harap nanti pokok tu dah besar,maka akan cantiklah pokokpokok buloh tersebut. kalau tak,rugi laa duit aku beli.. haha!!

di sini saya sertakan lagi gambar landskap pokok pokok buloh tu serta seorang model kecik iaitu anak menakan aku yang sangat nakai,amirul fahmie!

apa yang menarik mengenai iklan dan tag lines??

Tersebutlah al-kisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut....

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi "Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud "Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,"Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


ps: aku pon agak tak paham macam mana sebenarnya ayam sunat ni??

27 February 2011

apa yang menarik mengenai kentut lelaki?

kisah ni aku saja cuma nak kongsikan bersama-sama korang semua tapi tidak ada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah.. topik yang aku nak bincang ni,memang agak busuk sikit tapi aku tabahkan jugak sekadar berkongsi semata-mata..

tabiat memakan telor, tak kira laa samada telor dadar, telor mata kerbau mahupon telor separuh masak dua bijik memang merupakan salah satu yang menyumbangkan kepada kentut berbau busuk dan berbau na'u!! ini sering dikaitkan dengan lelaki kerana aku tengok ramai jer laki-laki di luar sana yang kuat mengkedarah menu-menu seperti yang aku cakap tadi..

orang pompuan jugak tak dilupakan, ye laa..sapa yang tak pernah kentut kan? tapi aku jarang sangat dengar orang pompuan kentut, ermm..ntah bila masa laa diorang kentut aku pon tak pasti.. menurut dari hasil kajian aku, aku rasa orang pompuan akan melepaskan kentut dengan cara berhemah seperti memnita izin untuk ke tandas dengan alasan nak touch-up muka, dan dalam masa yang sama kentut sekali.. oleh itu, jarang sekali kita akan dengar orang pompuan kentut di khalayak ramai..

aku ada kisah menarik mengenai kentut lelaki ni.. cam mana kita boleh kesan seorang lelaki itu gay ataupon straight hanya melalui kentut nya sahaja.. ini hanya dapat ditentukan melalui kadar bunyi yang dikeluarkan oleh kentut lelaki tersebut.. jika kuat kentut tersebut, maka lagi gay la lelaki tu.. dan kalu tak bunyi langsung, maka dia seorang yang sangat laa straight! bak kata seorang kawan aku yang gay, yang tak berbunyi langsung tu adalah kerana masih suci lagi lobang bontotnya.. itu pasai tak keluar bunyi pon.. oleh itu,saya tak perlu la nak elaborate pasai laki-laki yang kentut kuat ehh.. pikiaq-pikiaq la sendiri..

26 February 2011

apa yang menarik minggu ini??

sepanjang minggu ini..ada beberapa filem yang telah aku download bagi memenuhi waktu lapang di hujung minggu.di sini aku ingin kongsikan review filem yang telah aku download, The Next Three Days 2010 dvdrip dan Faster 2010 dvdrip.

The Next Three Days (2010) DVDRIP

filem ini memang agak panjang dan lama jugak laa untuk ditonton tapi memang sangat berbaloi kalau korang yang belom tengok lagi untuk tengok filem ni..mengisahkan tentang pengorbanan seorang suami yang cuba mencari jalan untuk melepaskan isterinya di dalam penjara kerana dituduh membunuh.

ermm..bagi aku,filem ini aku bagi 9 bintang dari 10 bintang..sebab memaparkan elemen-elemen suami mithali seperti menghantar anak ke sekolah,menjaga makan minum anak ketika isterinya di dalam penjara,dan macam-macam lagi amalan baik yang dibuat oleh seorang suami mithali.Ada satu part saja yang aku kurang gemar time sang suami tengah menyelamatkan sang isteri..part dalam SUV bila sang isteri suka suki bukak pintu kete yang dalam keadaan laju gile atas highway..itu yang buat filem ni aku bagi 9 bintang..tak boleh laa aku nak cite..tengok la dulu kalau yang belom tengok!


Faster (2010)DVDRIP


filem aksi kali ini pulak,tak lain dan tak bukan.. Faster (2010) lakonan Dwayne 'the Rock' Johnson [salah sorang dari idola aku selain dari rosyam nor..] Kalau kita baca dari tajuk filem ni..bermaksud lebih laju! bukan nya filem ni pasai lumba lari ataupon pasai cakap laju-laju macam chef wan..

Filem ini mengisahkan the rock membalas dendam kepada orang yang membunuh abangnya semasa dia dan abangnya merompak sebuah bank 10 tahun lalu.. alaaa cerita macam perompak kena rompak dengan perompak laa ni..terus jer the rock keluar penjara terus dia cari geng-geng yang rompak dan bunuh abang dia.mungkin disebab itu la,filem ini dinamakan faster,sebab laju benor the rock ni nak balas dendam..

erm..saya bagi 7 bintang kot dari 10 bintang sebab boleh baget apa aksi-aksi dalam filem ni,dan stunt dalam filem ni tak banyak sangat,so tak yah la nak expect sangat tumbuk-tumbuk ehh..tembak-tembak banyak la!

Hai, i'm Mr. Right.. someone said you were looking for me..!!

u dont have to tell me everything..but please dont lie to me..

[auntie kedai juwala]
wooo ini budak kan..selalu saja datang kedai gua..angkat itu kertas
indah kiat satu otak hali hali ooo..
waaa manyak suka ini budak..sangat baik ngan friendly maaa..


[akak kedai kekabu]
bob??wooo dia ni sokmo dok maghi kedai akak ni..makan laksam la
paling dia suka..ntah..ape yg sedap sangat pon akak xtau..maybe
dio nak ngorat pembantu akak yg seksi tu kot??


[ipin pakguard]
mamat ni ok..sempoi..nak masuk dalam kawasan kolej pon musti
nak bagi salam je..bagoih dia ni.. kira macam calon terbaik la
nak jadik kekasih mahupon laki..


[pakcik raja,kolej 11]
selalu pakcik jumpe dia pagi2 je time dia nak bukak kedai..ermm mula2 

nampak je macam sombong..tapi bile dah kenal.. ok
plak si bob ni..ramah ngan suke tolong orang..hrmm nasib baik la
anak pacik tu dah ade boifren..


[paklan + moff]
ish ish dia ni la paling rajin dok memasak kat umah..dah la dia
masak sedap2 plak..bule jadi chef si bob ni..ermm kepada gadis2 di
luar sana..rugi la kalu xnak kenal ngan si bob ni..seriusss!!


[auntie sebelah rumah]
kadang kadang arrr..wa manyak helan woo..ini budak bob ada bela
anjing kat rumah!! tapi kan.. paling wa suka tengok time dia bagi makan  sama itu anjing dia!! manyak sweet moment laaa.. touching maaa..


[mamak kedai kembar]
makan apa bob??hehee dia ada selalu jugak datang kedai makan!
selalu oder roti kosong 2 kasik banjir sama kuah kambing apa..
air plak kena teh o ais jugak.. saya satu kali jugak tau dia mau
makan apa..hahaa..bagus ini bob!! makan pon tertib..xdak kasik itu
tumpah2 atas meja..senang kalu saya mau kasi lap itu meja..



[neneng]

payah nak cari lelaki cute macam bob ni kat Malaysia ni..dah la mata ala-ala chinese look, dagu berlekuk macam john travolta ngan hritik roshan.. senyuman dia pulak..perghhh tak leh nak tahan..