6 March 2011

apa yang menarik mengenai pokok buloh Rm20 untuk 3perdu?

baru-baru ni aku balik kampong aku kat penang.. makaiihh!! la ni kat kampong aku depa dok berlumba-lumba dok bagi cantik kawasan rumah masing-masing termasuklah kawasan rumah aku sekali.. ni semua kerja adik aku laa yang dok tungging terbalik dok cangkui tanam pokok apa bagai.. tapi yang kena bok keluaq duit sponser pokok.. ni haaa aku laaa!! makteh aku kata, kat kampong sebelah depa dah start dah buat pertandingan rumah tercantik.. tu yang depa semua dok kalut tuu.. mana tau tiba-tiba kampong aku plak buat pertandingan rumah tercantik!! tapi.. tak paa,janji rumah cantik.. sedap mata memandang.. duit keluaq skit pon berbaloi..
pokok buloh ni yang adik aku berjaya pau aku untuk dijadikan kat landskap rumah aku.. aku tak tau dia nak tanam kat mana.. sebab besok nya aku dah balik ke seri kembangan dah.. tapi dia sms aku,dia cakap dia dah tanam.. cantik,tak rugi beli sampai 9 perdu pokok buloh..
ni adalah bukti adegan-adegan yang adik aku bersama makteh aku dalam cubaan menge-pau aku pokok buloh.. RM20 untuk 3perdu pokok buloh.. nasib baik laa adik aku tak suruh aku beli pokok ape ntah yang harga dia seratus lebih sepokok.. huh,ilang akai apa..
akak yang meniaga nursery pokok ni memang luck laa! kebetulan ramai betoi yang nak bagi cantik rumah masing-masing.. masa kami pi sini, ramai jugak la yang dok belek-belek pokok mana yang nak beli untuk bagi cantik rumah.. siap dia pon dah kenai ngan makteh aku..sebab makteh aku pelanggan pertama dia kat situ..

 ini adalah hasilnya landskap pokok buloh hasil nukilan adik aku. harap-harap nanti pokok tu dah besar,maka akan cantiklah pokokpokok buloh tersebut. kalau tak,rugi laa duit aku beli.. haha!!

di sini saya sertakan lagi gambar landskap pokok pokok buloh tu serta seorang model kecik iaitu anak menakan aku yang sangat nakai,amirul fahmie!

apa yang menarik mengenai iklan dan tag lines??

Tersebutlah al-kisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut....

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi "Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud "Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,"Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."


ps: aku pon agak tak paham macam mana sebenarnya ayam sunat ni??